Wednesday, August 25, 2010

RAKAMAN KHAS HARI RAYA KE KOTA KINABALU, SABAH 2010

Wahai semua pelayar blog ini mungkin ada yang perasan mungkin juga tidak bahawasanya pada 4 hingga 8 Ogos yang lalu krew Radio Malaysia SELANGORfm telah berkunjung ke negeri Sabah di bawah bayu untuk mengadakan rakaman Rancangan Khas Raya Aidilfitri 2010 bersama Sabahfm. Objektif lain rakaman ini diadakan adalah untuk menjalinkan ikatan silaturrahim yang lebih mesra antara kakitangan kedua-dua stesen serta memanfaatkan hubungan dengan lebih kukuh melalui pertukaran dan penerbitan bersama Rancangan Khas aidil fitri 2010.

Krew Selangor fm yang terlibat di dalam rombongan ini :

En. Sabri Mansor : Timbalan Pengarah
Pn. salbiah sharif : Ketua Bahagian Rancangan
Pn. Hamidah Haris
Pn. Nora
Pn. Adzlina
En. Zainal
Cik Zanariah
Dj Sharul
Dj Fiza
En. Jeremy (wartawan Kosmo)
Ibnu Fred (Artis)
Farhan (Artis)
Salmiza (Pelajar Praktikal)


Berikut merupakan trivia sepanjang perjalanan kami.

4 0g0s 2010

- Bertolak dari LCCT ke Kota Kinabalu
- Check in di Apartment Tabung Haji
- Rakaman Program Saji Warisan
Pn. KBR bergambar bersama penerbit Saji Warisan di Pantai Tanjung Aru

5 ogos 2010

- Rakaman drama Raya di Studio RTM Kota Kinabalu

Sesi rakaman drama

Pn. Nora sedang menjiwai wataknya.

- Geng tempe di temuramah di Sabah FM menerusi slot "Bah Ngam Laa tuu"

6 ogos 2010

- Rakaman Rancangan Berbalas Pantun Raya diantara Selangorfm dan Sabah fm di Pusat Beli Belah One Borneo

7 ogos 2010

- Latihan untuk rakaman Rancangan fiesta Lebaran di Pusat Beli-belah One Borneo

Ebi Kornelis turut mengadakan persembahan

Pn KBR bergambar dengan Farhan

- Rakaman Rancangan fiesta Lebaran.

Dj Fiza berduet bersama seorang Dj Sabah FM mengacarakan majlis

Dj sharul Berduet bersama seorang DJ dari Sabah fm

Juara Bintang P.ramlee& Saloma 2008 Ibnu Fred juga turut membuat persembahan.

8 ogos 2010
Terima Kasih Sabah kenangan sepanjang di sana pasti akan terpahat di sanubari buat selamanyaa......

- Penerbangan pulang dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur.

Nantikan program-program ini sepanjang hari aidilfitri raya nanti.

Monday, August 16, 2010

HaPpY B~dAy Too BoTh oF Of yOu!!!

Selamat Hari Lahir kepada dua orang penting SELANGORfm : iaitu Ketua Bahagian Rancangan kami Pn. Salbiah Shariff dan Penyelia siaran a.k.a. Dj Kriss P. Alfantee....

Birthday girL....14 Ogos

Birthday boy.....16 Ogos


Dua-dua terima kejutann di hari jadi..... kereta pancit~~~

HaPpY BiRtHdAy tO yOu!!!!