Thursday, January 27, 2011

PROGRAM MOTIVASI DI KALUMPANG RESORT DAN TRAINING CENTRE HULU SELANGOR.

Selama 2 hari (24 & 25 jan) sebahagian besar krew SELANGORfm telah berkampung di Kalumpang Resort Training Centre Hulu Selangor, untuk menyertai program motivasi bersama motivatornya Hj Roslan Mohammad. Manakala keesokan harinya sesi percambahan idea dan penambahbaikan siaran telah dilakukan oleh krew SELANGORfm.

Pejabat SELANGORfm mengalami evolusi!!!

Pada 19 Januari yang lalu pejabat kami yang bertempat di Ipptar
telah diubah-suai dengan kedudukan yang baru, setiap anggota SELANGORfm
telah bergotong-royong melaksanakan aktiviti ini.

sesi taklimat

pembahagian tugas.

Acara mengemas bermula....












Inilah rupa terkini pejabat kami!


Sunday, January 9, 2011

KEMBARA SFM BERSAMA KTMB KE PULAU LANGKAWI : SUKSES!!!!

Radio Malaysia SelangorFM untuk kesekian kalinya telah kembali berkolabarasi bersama dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), menerusi kembara kali ini menuju ke Pulau Langkawi, pada 28,29,30/12/2010 tempoh hari. Berikut antara rentetan perjalanan kami :-

28/12 :-
8.50 mlm - Temubual bersama En.Nordin Kimi dari KTMB mengenai kerjasama ini.
9.15 mlm - Menaiki KTMB "Senandung Langkawi" dari KL sentral ke Stesen KTMB Alor
Setar, Kedah.

Sepanjang perjalanan pelbagai acara telah diadakan di gerabak acara antara SFM bersama penumpang yang lain, seperti acara sukaneka, permainan pentas, kuiz, karaoke, persembahan nyanyian daripada artis terkenal Farah Waheeda dan Daus.

29/12 :-

7.00 pg - KTMB sampai di stesen Alor Star Kedah. Krew SFM dijemput krewKedahFM untuk
melawat dan acara suai kenal di KedahFM.
10.00 pg - RTM Kedah membawa semua krew ke jeti menaiki feri ke Pulau Langkawi dari
jeti Kuala Kedah.

10.30 pg - Sampai di Jetty Point Pulau Langkawi, krew dibawa ke LangkawiFM untuk sesi suai
kenal.
11.00 pg - Semua krew check in di My Hotel Langkawi.

2.00 ptg - Sebahagian Krew Selangor FM merakam sebahagian destinasi yang menarik di
Pulau Langkawi menerusi audio dan visual untuk siaran, antaranya :-
~ Makam Mahsuri
~ Beras Terbakar
~ Cable Car
~ Telaga Tujuh
~ Harbour Park
~ Laman Padi
~ Pantai Cenang
~ Underwater World
8.30 mlm - Makan malam bersama pengunjung, acara kuiz, sukaneka, menonton perlawanan
akhir bola sepak Piala AFF Suzuki antara Malaysia menentang Indonesia.
Persembahan khas artis Farah waheeda dan Daus.

Daus bergurau bersama penonton

Farah Waheeda turut membuat persembahan

30/12:-

8.30 pg - Sebahagian krew SFM kembali membuat rakaman beberapa destinasi menarik lagi
sekitar Pulau Langkawi antaranya :-
~ Galeria Perdana
~ Kilim Geopark
~ Idaman Suri

10.00 pg - membeli belah
2.30 ptg - Bertolak ke Jetty Point menaiki feri menuju ke Kuala Kedah
7.49 mlm - Menaiki KTMB Alor star menuju ke KL Sentral

Ketika di dalam perjalanan pulang setiap krew SFM mendapat tempat tidur di dalam gerabak.

31/12

5.40 pg : Kami Sampai di Kuala Lumpur

Antara yang terlibat di dalam kembara ini :-
~ Pn. Munah Madar - Pengarah Penyiaran SelangorFM
~ En. Mohamad bin Awang (suami pengarah)
~ Pn. Salbiah sharif - Ketua Bahagian Rancangan
~ Pn. Hamidah Aris - Penerbit Eksekutif
~ Dj Sharul - Penerbit Destinasi
~ Dj Fiza
~ Dj Izwan Malik
~ Syamsul Alwan - Wartawan
~ Mohd Khairul - Jurukamera
~ Muhammad Anuar - Jurukamera
~ Mohd azli Harun - Juruteknik
~ En. Noordin Kimi (KTMB)
~ Nor Khalidah Mohammad (KTMB)
~ Noor Azian Mohamad (KTMB)
~ Siti Rohani Sarderi - Pelajar Praktikal
~ Nur Syafiqah Mohd Gawus - Pelajar Praktikal
~ Farah Waheeda - Artis
~ Daus AF8 - Artis
~ Iryani binti Johari - PR Daus
~ Maria Mohamad - Ibu Farah Waheeda

Sekalung penghargaan untuk Pn. Hamidah Aris a.k.a DJ Mid (Penerbit Eksekutif),
yang sangat bertungkus-lumus dari permulaan program sehingga ke penghujung.
Kak Mid u Rockkkkkkkkk!!!!!!!

Jumpa kami di destinasi sterusnyaa!!....kemana?...
tungguuuu!!!