Wednesday, July 28, 2010

SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIRMATA

PENERBIT : WAHIDAH MOHD YAACOB
KREW : FAZLI BERAHIM
SYED HISHAM SHAH
RAFFIZAH IBRAHIM
NADRAH YAHAYA (Pelatih Praktikal)
NUR DALILA HAMID (Pelatih Praktikal)


Pengenalan
Program ini adalah aktiviti sukarela dan BUKAN bertujuan untuk mencari keuntungan.

Tempoh pengumpulan
Bermula dari 16 Julai 2010 hingga 21 Ogos 2010 iaitu 10 Ramadhan 1431H.

Tarikh akhir menerima kiriman ialah pada atau sebelum 10 Ramadhan 1431H atau 21 Ogos 2010

Cetusan Ilham :
Di usahakan secara bersama oleh En. Ahmad Bin Sa’abun dan dibantu secara bersama oleh;
Saudara Zulhisham Tokasid
Saudara Mohd Rozmie
Saudara Omar Ramli
Saudara Fadzil Mohamed
Saudara Zul Rahim

Dengan kerjasama RADIO MALAYSIA SELANGORFM serta SAHABAT Selangorfm.

Tujuan
Mengumpul baju Melayu (lelaki) dan Baju Kurung (perempuan) yang BARU dan bukan baju yang telah digunapakai sebelum ini, walaupun masih kelihatan baru.

Baju-baju ini nanti akan diagihkan kepada Rumah-Rumah Anak Yatim dan Fakir miskin yang dikenalpasti menjelang Ramadhan 1431 H (2010)

Kaedah Pengumpulan
Baju-baju yang telah dibeli hendaklah di poskan atau dihantar sendiri ke alamat:

Program SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIRMATA
RADIO MALAYSIA SELANGORFM Bangunan IPPTAR,
50614 Angkasapuri, Kuala Lumpur.
U/P : WAHIDAH MOHD YAACOB
03-22876853 (pej) atau 016-3680163.


Saiz
Bagi kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke atas
Dewasa merangkumi Saiz S/M/L/XL

Kaedah pembungkusan
Baju yang hendak dihantar hendaklah dibungkus mengikut set pasangan masing-masing. Setiap satu set baju Melayu hanya mengandungi sehelai baju dan seluar termasuk butang baju melayu. Tidak perlu songkok dan samping.

Bagi Baju Kurung juga begitu dan tidak perlu tudung dan kasut.

Setiap satu set satu bungkusan dan hendaklah ditulis di sampul luar saiz bagi baju melayu/kurung atau anggaran umur si pemakai. Ini bagi membolehkan Urusetia mengenalpasti semasa hendak membuat pengagihan nanti.

Urusetia juga tidak sama sekali menerima WANG TUNAI, ini bagi mengelak salah faham dan bukan tujuan asal program ini. Urusetia Program juga TIDAK melantik mana-mana individu membuat kutipan WANG TUNAI dari lokasi ke lokasi.

Kaedah Agihan
Melalui rakan fb ini sendiri, mereka akan diminta untuk mengenalpasti dan mencadangkan kepada Urusetia Rumah Anak Yatim dan Orang Tua serta fakir miskin setempat yang dianggap layak menerima bantuan.

Cadangan hendaklah merangkumi jumlah penerima, pecahan jantina dan anggaran saiz pakaian. Ini bagi membolehkan agihan sampai tepat kepada mereka yang benar-benar memerlukannya.

Penyerahan
Urusetia akan memaklum dari semasa ke semasa lokasi dan tarikh penyerahan. Bagi mana-mana rakan yang berdekatan dan berkesempatan adalah dijemput hadir bersama.

Memandangkan program ini tidak mengutip mana-mana dana, segala kos adalah tanggungan individu dan kita juga tidak menganjurkan majlis berbuka puasa di lokasi. Tetapi jika ada antara rakan yang ingin berbuat demikian itu adalah digalakan.

Seperkara lagi sekiranya didapati ada penerima yang tinggal jauh dari Lembah Klang, wakil kepada rakan fb dan Staff SelangorFM akan dilantik menerima barangan di kirim dan beliau akan mengendali urusan penyerahan.

Tambahan
Jika terdapat pihak atau individu yang ingin bersedekah dengan jumlah yang besar, ia boleh menghubungi terus Urusetia untuk dibuat penyelarasan. Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Wahidah MY @ DJ Wawa, 03-22876853 (pej) atau 016-3680163.

SEGALA SUMBANGAN IKHLAS SAUDARA DIDAHULUI DENGAN DOA SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI DAN DIRAHMATI ALLAH DAN UCAPAN TERIMA KASIH SEKALUNG BUDI

JADUAL PROGRAM KEMBARA KAMI!!!



Kepada anda yang ingin mengikuti rombongan kembara kami bersama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), di bawah ini disenaraikan jadual destinasi yang akan kami lawati, jangan lepaskan peluang ini kerana artis-artis terkenal juga akan turut serta.

23/24/25.08.2010 - Kelantan
26/27/28.09.2010 - Langkawi
27/28.10.2010 - Melaka
23/24.11.2010 - Negeri Sembilan
27/28/29.12.2010 - Pulau Pinang

Sunday, July 25, 2010

KEMBARA SELANGORfm KE PERLISfm

Radio Malaysia SELANGORfm telah mengadakan program kembara dengan kerjasama Keretapi Tanah Melayu (KTMB), yang melibatkan beberapa destinasi. Destinasi pertama dimulai dengan berkunjung
ke negeri Perlis Indera Kayangan, pada 13, 14, dan 15 julai 2010 yang lalu.
Antara krew Radio Malaysia SELANGORfm yang terlibat di dalam pengembaraan ini antaranya :-Pengarah Penyiaran Selangor En. Sabri Mansor,
Pn. Hamidah Haris (Penerbit Penyelaras),
Dj Sharul (Penerbit Destinasi),
Dj Waheeda
Dj Said
Pn. Norashikin bt Abd. Halim
En. Zamry (Juruteknik)
Salmiza Salim (Pelajar Praktikal)
Siti Fadzlin Rusli (Pelajar Praktikal)
Ana Farina (Pelajar Praktikal)
Turut terlibat di dalam pengembaraan ini ialah artis terkenal Fazly Zainal, Finalis Ai Minnal Martin, dan juara bintang asli remaja Aisyah Fayeed, dan seorang wartawan dari akhbar Sinar Harian.
Trivia perjalanan :-
13.07.2010
Memulakan perjalanan dari KL Sentral ke Arau Perlis, menaiki keretapi Langkawi Express. Kami ditempatkan di event coach, pelbagai acara telah diadakan di dalam coach tersebut antaranya gameshow, karaoke dan dihiburkan dengan persembahan daripada artis jemputan.
14.07.2010
Rombongan tiba di arau pada pukul 9.00 pagi. Krew RTM Perlis menjemput untuk ke PerlisFM. Pada pukul 11.00 pagi, lawatan ke ladang anggur, rombongan kemudiannya dibawa ke Taman Rimba Herba, dan disusuli kemudiannya lawatan ke Taman Ular. Rombongan dibawa menjamu selera di Restoran Tok Mek yang menghidangkan pelbagai jenis ulam-ulaman, ikan bakar dan masakan kampung.
Pada pukul 2.00 petang check in di Putra Brasmana Hotel.
Setelah check in rombongan dibawa menyusuri Muzium Kota Kayang Oleh En. Abdullah dan Puan Nina dari Kementerian Pelancongan Perlis, melihat tinggalan barang-barang artifak lama seperti pinggan mangkuk dan lain-lain peralatan orang dulu kala. Tidak ketinggalan juga melihat pameran senjata-senjata yang digunakan oleh tentera serta panglima-panglima negeri Perlis.
Pada sebelah malam telah diadakan acara hiburan santai makan malam, sambil dihiburkan oleh artis-artis jemputan seperti Aisyah Fayeed, Fazli Zainal, Martin dan dua residen artis dari Putra Brasmana Hotel, iaitu Wan dan Mona.
15.07.2010
Sarapan pagi pada jam 8.30 pagi di Coffea House Hotel. Pada 9.30 pagi check out, 10.15 pagi bertolak ke Gua Kelam (Cave Of Darkness). Sebelum pulang, rombongan dibawa oleh RTM Perlis ke tempat syurga dunia membeli belah Padang Besar.
5.30 petang rombongan bertolak balik ke Kuala Lumpur.menaiki Langkawi Ekspress
16.07.2010
sampai ke KL Sentral pada jam 4.30 pagi.
Selesai sudah perjalanan kembara yang pertama menyusuri dan melatari destinasi negeri Perlis Indera Kayangan, untuk mengetahui keistimewaan setiap lokasi yang dilawati di sekitar negeri ini, jangan lupa dengarkan program Destinasi, setiap hari ahad, pukul 11.30 pagi tentunya menerusi Radio Malaysia SELANGORfm.

Terdapat beberapa lagi destinasi yang akan kami lawati, yang pasti kenangan sepanjang
berada di negeri ini akan terpahat di dalam sanubari buat selamanya.
Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini terutama KTMB.

BINTANG P.RAMLEE & SALOMA : SELANGORfm MENANG BESAR!!!

Pada 25 julai 2010 (ahad), bertempat di Auditorium P.Ramlee, Angkasapuri Kuala Lumpur, telah diadakan Pertandingan Bintang P.Ramlee & Saloma Peringkat Zon Tengah. Tiga stesen yang bertanding iaitu KLFM, Negeri FM, dan SELANGORfm telah diselaras oleh setiap penerbit, menerusi SELANGORfm, ianya telah dikemudi oleh penerbitnya iaitu Kristo P. Alfante, dan penerbit penyelaras Hamidah Haris.

Wakil Selangor telah berjaya bergelar johan dan naib johan,
berikut adalah merupakan senarai pemenangnya :-

Suhaimi Ahmad & Nor Akila Abu Bakar (JOHAN)
Zainal Roslan & Nor Shela Mustapa Kamar (NAIB JOHAN)
Rosmizi Ahmad & Jahliah Mahat (KETIGA)

Juara akan berentap di peringkat kebangsaan di Kuching, Sarawak.
SYABAS DIUCAPKAN!!!

Monday, July 19, 2010

BINTANG KLASIK 2010

Wakil-wakil dari SELANGORfm pada tahun ini mencatat kejayaan yang sungguh gemilang menerusi pertandingan Bintang Klasik yang berlangsung di peringkat zon tengah, bilamana peserta-pesertanya berjaya merangkul hadiah-hadiah utama sekaligus berjaya mara ke peringkat seterusnya di Kuching, Sarawak.

Diterajui oleh penerbitnya iaitu Wahidah bt. Mohd Yaacob, penolong penerbit Fazli Berahim, penerbit penyelaras Kristo P. Alfante dan semua warga Radio Malaysia SELANGORfm,

Trivia dimulai dengan ujibakat yang diadakan di dua lokasi iaitu :-
* Kompleks PKNS shah Alam - 10 april 2010
* Plaza Metropoint Kajang - 17 april 2010

Kemudian pencarian diperhalusi lagi dengan pertandingan peringkat akhir yang diadakan di Kompleks PKNS S.Alam pada 19 jun 2010, hasilnya 3 individu dari kategori lelaki dan 3 individu dari kategori wanita telah berjaya untuk mara di peringkat zon tengah yang berlangsung di NegeriFM. Mereka adalah :-

Lelaki
* Danie Hasbullah Mohd Razi
* Mohd Redzuan Nasaruddin
* Mohd Rizal Ahmad

Wanita
* Nor Fazrah Bahari
* Nor syila Mohd Khir Hadi
* Quryakin Wahid

Di peringkat zon tengah kejayaan besar yang telah ditempa oleh wakil Selangor iaitu juara dan naib juara bagi kategori lelaki iaitu Mohd Redzuan Nasaruddin dan Danie Hasbullah, manakala tempat ketiga dari wakil Radio Malaysia KLFM iaitu Mohd Rozaidy Shukry.

Manakala untuk kategori wanita pula Nor Fazrah Bahari wakil SELANGORfm telah berjaya mengungguli kejuaraan, manakala tempat kedua dan ketiga disandang oleh NegeriFM iaitu Nur Syazwani bt Abu Zarin, dan NorFazline bt Awang.

Semoga wakil-wakil dari selangor akan terus mengorak langkah di peringkat seterusnya, syabas diucapkan...

Peserta yang mewakili Selangor berbangga bersama trofi kemenangan mereka, dan bergambar kenangan bersama penerbitnya Wahidah bt. Mohd Yaacob.

BINTANG KECIL 2010

Setiap tahun SELANGORfm tidak pernah gagal untuk menghantar penyertaan bagi mengikuti acara ini, dengan gandingan penerbit tahun ini iaitu Sharul bin Bahat@Rahar, penolong penerbit iaitu Dassky Shah Ewas, penerbit penyelaras Hamidah Haris, dan semua warga staf Radio Malaysia SELANGORfm, penerbitan program ini bagi peringkat negeri Selangor dikatakan paling mendapat sambutan penyertaannya dalam sejarah penganjurannya.

Trivia pertandingan :-

Ujibakat

7 Mac 2010 - Plaza Metropoint Kajang
14 Mac 2010 - Selayang MalL
21 Mac 2010 - Plaza Alam Sentral, S. Alam

Dari setiap lokasi ujibakat dipilih 10 orang peserta darinya untuk bertanding di peringkat separuh akhir yang berlangsung di wisma PKNS S.Alam pada 16 Mei 2010.

Sepuluh orang kemudiannya berentap di peringkat akhir yang berlangsung di taman tema Wet World Shah Alam, bilamana kemudiannya telah menobatkan adik Syazwani Sapari sebagai juara peringkat negeri Selangor, adik Nurul Azreen Salizan di tempat kedua, dan adik Nor Eleya di tempat ketiga.

Walaubagaimanapun pada acara ini yang berlangsung untuk zon tengah di NegeriFM, wakil selangor hanya berjaya menduduki tempat ketiga menerusi adik Nor Eleya, manakala tempat kedua disandang oleh wakil Negeri Sembilan adik Sarah Elyssa khairul Fahmey, dan juara yang akan mewakili zon tengah ke peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di Kuching, sarawak disandang oleh adik Nor Azleen Mohd Puzi juga dari Negeri Sembilan.


Sunday, July 18, 2010

LOKASI KAMI BERSIARAN....

Terima kasih kepada anda yang terus menyokong jenama Radio Malaysia SELANGORfm ini, anda pastinya sering mendengarkan suara-suara lunak barisan pengantara kami, dan ramai dari anda juga pastinya mengetahui kami bersiaran terus dari Angkasapuri Kuala Lumpur, oleh demikian disini kami paparkan dengan lebih terperinci lagi dimana kami bersiaran, untuk tatapan kita bersama....

Dari suasana pintu gerbang untuk memasuki perkarangan Angkasapuri

Dibangunan kami bersiaran

Pintu masuk ke Wisma Radio

Dari perkarangan lobi wisma radio menuju ke bilik-bilik konti

Jalan menuju ke bilik-bilik konti

Susunan bilik-bilik konti dimulai dengan Radio Malaysia Klasik Nasional, Muzik fm, KLFM, SELANGORfm, Traxx FM, Ai fm, Minnal fm, Asyik fm, Suara Malaysia..

Pemandangan dari luar konti Radio Malaysia SELANGORfm.

Pintu menuju ke bilik konti.

Galeria : Di Lokasi penerbit melakukan kerja suntingan, menyusun playlist dan sebagainya.

Galeri : Ruang tetamu menunggu sebelum ditemuramah oleh dj...

Pintu menuju ke bilik siaran.

DJ Hazman sedang bertugas.

Peralatan siaran yang digunakan (mesin mixer, telefon, komputer dan sebgainya)

DJ Nazri sedang bersiaran sebagai pengantara seterusnya.

Terus dengar
Radio Malaysia SELANGORfm....Plihan Tepat!!!