Wednesday, July 28, 2010

SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIRMATA

PENERBIT : WAHIDAH MOHD YAACOB
KREW : FAZLI BERAHIM
SYED HISHAM SHAH
RAFFIZAH IBRAHIM
NADRAH YAHAYA (Pelatih Praktikal)
NUR DALILA HAMID (Pelatih Praktikal)


Pengenalan
Program ini adalah aktiviti sukarela dan BUKAN bertujuan untuk mencari keuntungan.

Tempoh pengumpulan
Bermula dari 16 Julai 2010 hingga 21 Ogos 2010 iaitu 10 Ramadhan 1431H.

Tarikh akhir menerima kiriman ialah pada atau sebelum 10 Ramadhan 1431H atau 21 Ogos 2010

Cetusan Ilham :
Di usahakan secara bersama oleh En. Ahmad Bin Sa’abun dan dibantu secara bersama oleh;
Saudara Zulhisham Tokasid
Saudara Mohd Rozmie
Saudara Omar Ramli
Saudara Fadzil Mohamed
Saudara Zul Rahim

Dengan kerjasama RADIO MALAYSIA SELANGORFM serta SAHABAT Selangorfm.

Tujuan
Mengumpul baju Melayu (lelaki) dan Baju Kurung (perempuan) yang BARU dan bukan baju yang telah digunapakai sebelum ini, walaupun masih kelihatan baru.

Baju-baju ini nanti akan diagihkan kepada Rumah-Rumah Anak Yatim dan Fakir miskin yang dikenalpasti menjelang Ramadhan 1431 H (2010)

Kaedah Pengumpulan
Baju-baju yang telah dibeli hendaklah di poskan atau dihantar sendiri ke alamat:

Program SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIRMATA
RADIO MALAYSIA SELANGORFM Bangunan IPPTAR,
50614 Angkasapuri, Kuala Lumpur.
U/P : WAHIDAH MOHD YAACOB
03-22876853 (pej) atau 016-3680163.


Saiz
Bagi kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke atas
Dewasa merangkumi Saiz S/M/L/XL

Kaedah pembungkusan
Baju yang hendak dihantar hendaklah dibungkus mengikut set pasangan masing-masing. Setiap satu set baju Melayu hanya mengandungi sehelai baju dan seluar termasuk butang baju melayu. Tidak perlu songkok dan samping.

Bagi Baju Kurung juga begitu dan tidak perlu tudung dan kasut.

Setiap satu set satu bungkusan dan hendaklah ditulis di sampul luar saiz bagi baju melayu/kurung atau anggaran umur si pemakai. Ini bagi membolehkan Urusetia mengenalpasti semasa hendak membuat pengagihan nanti.

Urusetia juga tidak sama sekali menerima WANG TUNAI, ini bagi mengelak salah faham dan bukan tujuan asal program ini. Urusetia Program juga TIDAK melantik mana-mana individu membuat kutipan WANG TUNAI dari lokasi ke lokasi.

Kaedah Agihan
Melalui rakan fb ini sendiri, mereka akan diminta untuk mengenalpasti dan mencadangkan kepada Urusetia Rumah Anak Yatim dan Orang Tua serta fakir miskin setempat yang dianggap layak menerima bantuan.

Cadangan hendaklah merangkumi jumlah penerima, pecahan jantina dan anggaran saiz pakaian. Ini bagi membolehkan agihan sampai tepat kepada mereka yang benar-benar memerlukannya.

Penyerahan
Urusetia akan memaklum dari semasa ke semasa lokasi dan tarikh penyerahan. Bagi mana-mana rakan yang berdekatan dan berkesempatan adalah dijemput hadir bersama.

Memandangkan program ini tidak mengutip mana-mana dana, segala kos adalah tanggungan individu dan kita juga tidak menganjurkan majlis berbuka puasa di lokasi. Tetapi jika ada antara rakan yang ingin berbuat demikian itu adalah digalakan.

Seperkara lagi sekiranya didapati ada penerima yang tinggal jauh dari Lembah Klang, wakil kepada rakan fb dan Staff SelangorFM akan dilantik menerima barangan di kirim dan beliau akan mengendali urusan penyerahan.

Tambahan
Jika terdapat pihak atau individu yang ingin bersedekah dengan jumlah yang besar, ia boleh menghubungi terus Urusetia untuk dibuat penyelarasan. Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Wahidah MY @ DJ Wawa, 03-22876853 (pej) atau 016-3680163.

SEGALA SUMBANGAN IKHLAS SAUDARA DIDAHULUI DENGAN DOA SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI DAN DIRAHMATI ALLAH DAN UCAPAN TERIMA KASIH SEKALUNG BUDI

No comments:

Post a Comment