Sunday, July 25, 2010

KEMBARA SELANGORfm KE PERLISfm

Radio Malaysia SELANGORfm telah mengadakan program kembara dengan kerjasama Keretapi Tanah Melayu (KTMB), yang melibatkan beberapa destinasi. Destinasi pertama dimulai dengan berkunjung
ke negeri Perlis Indera Kayangan, pada 13, 14, dan 15 julai 2010 yang lalu.
Antara krew Radio Malaysia SELANGORfm yang terlibat di dalam pengembaraan ini antaranya :-Pengarah Penyiaran Selangor En. Sabri Mansor,
Pn. Hamidah Haris (Penerbit Penyelaras),
Dj Sharul (Penerbit Destinasi),
Dj Waheeda
Dj Said
Pn. Norashikin bt Abd. Halim
En. Zamry (Juruteknik)
Salmiza Salim (Pelajar Praktikal)
Siti Fadzlin Rusli (Pelajar Praktikal)
Ana Farina (Pelajar Praktikal)
Turut terlibat di dalam pengembaraan ini ialah artis terkenal Fazly Zainal, Finalis Ai Minnal Martin, dan juara bintang asli remaja Aisyah Fayeed, dan seorang wartawan dari akhbar Sinar Harian.
Trivia perjalanan :-
13.07.2010
Memulakan perjalanan dari KL Sentral ke Arau Perlis, menaiki keretapi Langkawi Express. Kami ditempatkan di event coach, pelbagai acara telah diadakan di dalam coach tersebut antaranya gameshow, karaoke dan dihiburkan dengan persembahan daripada artis jemputan.
14.07.2010
Rombongan tiba di arau pada pukul 9.00 pagi. Krew RTM Perlis menjemput untuk ke PerlisFM. Pada pukul 11.00 pagi, lawatan ke ladang anggur, rombongan kemudiannya dibawa ke Taman Rimba Herba, dan disusuli kemudiannya lawatan ke Taman Ular. Rombongan dibawa menjamu selera di Restoran Tok Mek yang menghidangkan pelbagai jenis ulam-ulaman, ikan bakar dan masakan kampung.
Pada pukul 2.00 petang check in di Putra Brasmana Hotel.
Setelah check in rombongan dibawa menyusuri Muzium Kota Kayang Oleh En. Abdullah dan Puan Nina dari Kementerian Pelancongan Perlis, melihat tinggalan barang-barang artifak lama seperti pinggan mangkuk dan lain-lain peralatan orang dulu kala. Tidak ketinggalan juga melihat pameran senjata-senjata yang digunakan oleh tentera serta panglima-panglima negeri Perlis.
Pada sebelah malam telah diadakan acara hiburan santai makan malam, sambil dihiburkan oleh artis-artis jemputan seperti Aisyah Fayeed, Fazli Zainal, Martin dan dua residen artis dari Putra Brasmana Hotel, iaitu Wan dan Mona.
15.07.2010
Sarapan pagi pada jam 8.30 pagi di Coffea House Hotel. Pada 9.30 pagi check out, 10.15 pagi bertolak ke Gua Kelam (Cave Of Darkness). Sebelum pulang, rombongan dibawa oleh RTM Perlis ke tempat syurga dunia membeli belah Padang Besar.
5.30 petang rombongan bertolak balik ke Kuala Lumpur.menaiki Langkawi Ekspress
16.07.2010
sampai ke KL Sentral pada jam 4.30 pagi.
Selesai sudah perjalanan kembara yang pertama menyusuri dan melatari destinasi negeri Perlis Indera Kayangan, untuk mengetahui keistimewaan setiap lokasi yang dilawati di sekitar negeri ini, jangan lupa dengarkan program Destinasi, setiap hari ahad, pukul 11.30 pagi tentunya menerusi Radio Malaysia SELANGORfm.

Terdapat beberapa lagi destinasi yang akan kami lawati, yang pasti kenangan sepanjang
berada di negeri ini akan terpahat di dalam sanubari buat selamanya.
Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini terutama KTMB.

No comments:

Post a Comment